Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

LEPTOSPIROSIS @ KENCING TIKUS

  
 
allo semua..berjumpa lagi kita di pagi yang begitu indah nie..hehehe...hari nie lia nak share dengan korang semua pasal leptospirosis atau di kenali sebagai air kencing tikus...hehehe...dulu time lia tingkatan 6 atas taju nie cikgu anggap tajuk spot untuk exam pengajian am 2...so students dia pa ag hafal laa tajuk nie tapi cik lia nie just baca sekali imbas jerw...hahaha..apa laa punya anak murid yang sorang nie...ok tak payah nak sembang banyak jom baca pa yang cik lia nak gtaw kat hangpa semua..ok..

PUNCA-PUNCA

Melakukan pekejaan yang terdedah kepada panas 
cnth :- petani,penternak/peladang,bekerja di rumah penyembelihan,doktor haiwan,pemotong kayu,pekerja sistem pembentungan,pesawah & anggota tentera.
Aktiviti rekreasi di dalam air
cnth :- berenang,berkayak & berbasikal di laluan denai di kawasan panas
Terdedah kepada peralatan dirumah termasuk binatang peliharaan 
cnth ;-  anjing , binatang peliharaan untuk sembelih , ruang perangkap air , & mengambil makanan yang telah di gigit oleh binatang seperti tikus,tupai & arnab


GEJALA 
Masa pengeraman diambil dalam 2 - 26 hari (anggaran 10 hari)
Bermula dengan demam,menggigil,sakit anggota tubuh & sakit kepala (75%-100% merasainya)
Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
Loya , muntah & ciri-birit (50 kes)
Sakit sendi,sakit tulang,sakit tekak,sakit perut (< berlaku)
Radang selaput mata
Sakit otot,pembesaran limpa/hati,bengkak salur kelanjar,sakit tekak,kekerasan otot,perubahan bunyi pada paru-paru & ruam (7%-40% merasai)


TANDA & UJIAN MAKMAL 
Ujian sel darah putih
Analisa air kencing biasanya positif pada minggu kedua
Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah
Peningkatan enzim hati
Diagnosaa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi)
Kuman dapat dilihat dengan jelas melalui mikroskop dark field gelap,silver stained atau mikroskopi floresent

KOMPLIKASI 
Tindak balas Jarisch-Herxheimer bila diberikan penicillin
Jangkitan kuman di otak (meningitis)
Pendarahan yang teruk
Respiratory (Distress)
 Kegagalan fungsi hati
Kegagalan fungsi buah pinggang


RAWATAN 
Ubatan seperti Cephalosporim , pinicillins , doxycycline , chloramppheniol & erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis
Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit & bermasalah


PENCEGAHAN 
Elak daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung / air tenang,terutama dikawasan yang beriklim khatulistiwa
Jika terdedah kepada kawasan yang berisiko , pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

ok itu jaa yang lia taw...thank to cik google yang sudi beri info kepada lia & kwn2...
k chaw chin chaw...



 

Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Membaca Di Sini
>

TIBI

Tadi sewaktu lia tengah makan..lia terdengar dekat berita yang di Perak ada penyakit TIBI...klu tak salah lia laa kan dekat ipoh kowt kejadian tu..Tetiba jerw terdetik nak cari info pasal TIBI nie kat cik google..Bukannya apa,hari tu lia penah tau kena interview pasai penyakit TIBI nie..So jom lia share dengan korang semua pa yang lia tau sikit-sikit tentang TIBI nie..
TIBI
TIBI (tuberkulosis) ialah batuk kering..
Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis ..
Bakteria TIBI menpunyai dinding sel yang tebal & sukar untu di bunuh dengan menggunakan antibiotik
Ianya juga boleh hidup  di sel-sel darah & sel-sel tisu anggota badan.
Biasa akan menyerang paru-paru,sistem sarang tunjang,sistem limfatik,circulatory system,sistem genitourinari,tulang,sendi & lain-lain.

  FAKTOR 
Pendatang asing secara haram tidak di saring daripada penyakit ini.
pesakit yang lambat mendapat rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

BAGAIMANA TIBI MEREBAK
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara.
Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara ketika bersin & batuk.
Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI.
Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya,

TANDA-TANDA
Batuk yang berterusan dari 2 minggu
Kahak yang mungkin mengandungi darah.
Demam & berpeluh di sebelah petang & malam
Susut berat badan & hilang selera makan
Mengalami sakit dada apabila batuk / semasa menarik nafas panjang
Mudah letih

ORANG YANG BERISIKO 
Mereka yang dijangkiti AIDS
Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering
Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kada jangkitan batuk kering yang tinggi.
Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
Mereka yang kekurangan zat & vitamin.
Pemabuk & penagih dadah yang dijangkiti HIV.

 RAWATAN 
Rawatan TIBI perlu terus diberikan selama 6 Bulan supaya semua kuman di dalam & di luar dapat dibunuh sepenuhnya..Caranya ialah memberikan antibiotik kepada pesakit..Supaya dapat mengelakkan keman TIBI menjadi kebal kepada ubat.

Pesakit perlu mengambil ubat-ubat (isoniazid,rifampicin,pyrazinamide,streptomycin & ethambutol) bagi 2 Bulan pertama..

Jika ada kemajuan dari segi simptom,imej imbasan sinar X & pemeriksaan kahak akan dijalankan setiap 2 bulan dalam tempoh rawatan.

Cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali semingggu untuk 4 bulan seterusnya.


 PENCEGAHAN 
menurut kajian,pesakit yang aktif TIBI akan menjangkiti 10-15 orang di sekelilingnya..
So bagi pesakit yang disahkan TIBI mereka perlu :-
Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya.
Ambil cuti & tidak ketempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman TIBI tersebar.
Asingkan bilik tidur
Jangan berkongsi pakaian,makanan & sebagainya.
Elakkan daripada bersentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan.
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga.
Pastikan sistem pengudaraan rumah dan pejabat dalam keadaan baik.(Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik..ini akan mengurangkan peluang bakteria TIBI untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain..)
Segera pergi ke hospital sekiranya batuk yang dialami berterusan LEBIH DARIPADA 2 MINGGU.
Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik / di hospital-hospital
Disamping itu,kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti ..Jadi kanak-kanak ini tidak digalakkan untuk mengunjungi hospital bagi menggelak penyebaran kuman TIBI..
Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG.(suntikan dos ke-2 akan dilakukan sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun)


Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Membaca Di Sini
>

Template by:

Free Blog Templates