Tadi sewaktu lia tengah makan..lia terdengar dekat berita yang di Perak ada penyakit TIBI...klu tak salah lia laa kan dekat ipoh kowt kejadian tu..Tetiba jerw terdetik nak cari info pasal TIBI nie kat cik google..Bukannya apa,hari tu lia penah tau kena interview pasai penyakit TIBI nie..So jom lia share dengan korang semua pa yang lia tau sikit-sikit tentang TIBI nie..
TIBI
TIBI (tuberkulosis) ialah batuk kering..
Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis ..
Bakteria TIBI menpunyai dinding sel yang tebal & sukar untu di bunuh dengan menggunakan antibiotik
Ianya juga boleh hidup di sel-sel darah & sel-sel tisuanggota badan.
Biasa akan menyerang paru-paru,sistem sarang tunjang,sistem limfatik,circulatory system,sistem genitourinari,tulang,sendi & lain-lain.
FAKTOR
Pendatang asing secara haram tidak di saring daripada penyakit ini.
pesakit yang lambat mendapat rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
BAGAIMANA TIBI MEREBAK
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara ketika bersin & batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya,
TANDA-TANDA
Batuk yang berterusan dari 2 minggu
Kahak yang mungkin mengandungi darah.
Demam & berpeluh di sebelah petang & malam
Susut berat badan & hilang selera makan
Mengalami sakit dada apabila batuk / semasa menarik nafas panjang
Mudah letih
ORANG YANG BERISIKO
Mereka yang dijangkiti AIDS
Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering
Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kada jangkitan batuk kering yang tinggi.
Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
Mereka yang kekurangan zat & vitamin.
Pemabuk & penagih dadah yang dijangkiti HIV.
RAWATAN
Rawatan TIBI perlu terus diberikan selama 6 Bulan supaya semua kuman di dalam & di luar dapat dibunuh sepenuhnya..Caranya ialah memberikan antibiotik kepada pesakit..Supaya dapat mengelakkan keman TIBI menjadi kebal kepada ubat.
Pesakit perlu mengambil ubat-ubat (isoniazid,rifampicin,pyrazinamide,streptomycin & ethambutol) bagi 2 Bulan pertama..
Jika ada kemajuan dari segi simptom,imej imbasan sinar X & pemeriksaan kahak akan dijalankan setiap 2 bulan dalam tempoh rawatan.
Cara pengambilan ubat akan diubah kepada 2 kali semingggu untuk 4 bulan seterusnya.
PENCEGAHAN
menurut kajian,pesakit yang aktif TIBI akan menjangkiti 10-15 orang di sekelilingnya..
So bagi pesakit yang disahkan TIBI mereka perlu :-
Mematuhi arahan pengambilan ubat yang telah ditetapkan tempohnya. Ambil cuti & tidak ketempat kerja atau sekolah bagi mengelakkan kuman TIBI tersebar. Asingkan bilik tidur Jangan berkongsi pakaian,makanan & sebagainya. Elakkan daripada bersentuhan dengan orang lain bagi mengurangkan risiko jangkitan. Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan ke atas pekerja yang masuk ke negara ini terutama jika dari negara dunia ketiga. Pastikan sistem pengudaraan rumah dan pejabat dalam keadaan baik.(Halakan kipas ke arah tingkap untuk meniup angin keluar dari ruang bilik..ini akan mengurangkan peluang bakteria TIBI untuk terus berada dalam ruang dan menjangkiti orang lain..) Segera pergi ke hospital sekiranya batuk yang dialami berterusan LEBIH DARIPADA 2 MINGGU. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik / di hospital-hospital Disamping itu,kanak-kanak yang merupakan golongan mudah dijangkiti ..Jadi kanak-kanak ini tidak digalakkan untuk mengunjungi hospital bagi menggelak penyebaran kuman TIBI.. Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG.(suntikan dos ke-2 akan dilakukan sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun)
Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Membaca Di Sini
>
0
ulasan:
Post a Comment
Nak Habaq Pa kat Cek..?? Mai sini tinggal Komen... hehehehe...**Bajet Derw Yang Nak Bca..**
0 ulasan:
Post a Comment
Nak Habaq Pa kat Cek..??
Mai sini tinggal Komen...
hehehehe...**Bajet Derw Yang Nak Bca..**