UBAT CACING.

 
pic kat cik google..
 
 
       pehh..korang penah tak makan ubat cacing..????hmmm lia penah laa makan ubat  cacing tu time lia kecik-kecik dulu...lia pun tak ingat dh darjah bila lia makan ubat cacing tu...then baru-baru nie mak lia tengok cerita apa ntah & dia cter laa blik kat lia...hmmm dari situ lia macam terlintas plak nak makan ubat cacing nie..napa korang ingat cacing hidup dalam badan kita nie time kita kecik-kecik dulu jaa kaa...???hahahaha...cik cacing pun boley gelak terkekek-kekek dengarnya...hmmm sebenarnya tak laa...cacing tu tetap jugak akan berada dalam badan kita....setelah buat beberapa research kat cik google..lia dapat laa beberapa info yang boley kita semua praktik kn...jom kita cik list nie...

        eahm korang mesti nak tau kan TANDA-TANDA korang kena cacing....

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
Gatal sekitar lubang najis (dubur)
Alahan terhadap makanan
Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelits
Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
Tiada selera makan & pucat
Kurang berat badan walaupun selera makan ada
Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
Hiperaktif
Sakit kepala
Sensitif terhadap cahaya
Gusi & hidung berdarah
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
ok2...korang semua tak payah risau sangat sebab setiap masalah mesti ada penyelesaiannya btoi tak..korang mesti tertanya-tanya kan macam mana plak nak hapus cacing-cacing...hoho...senang aja...korang makan ja laa ubat cacing...ubat cacing nie boley di beli dekat farmasi-farmasi..tak pown p jaa kat hospital...hehehe...

CIRI-CIRI UBAT CACING..

 Mengandungi Albendazole ataupun Mebendazole sebagai bahan utamanya.
 Albendazole bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.
 
arie tu lia beli jerw dekat farmasi...RM 5 jerw 1 kotak...ubat nie tak derw laa makan selalu sangat...ubat cacing nie perlu diambil  6 bulan sekali...

korang mesti nak taw jugak cacing apa yang ada kat dalam badan kita kan...meh cini nak strory cikit selepas pa yang lia dh search kat cik google..

JENIS-JENIS CACING & KESAN-KESANNYA :-

CACING GELANG
Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.

Penghijrahan cacing:
Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

CACING CEMETI
Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

CACING KERAWIT NOT CEREWET,,HAHAHA
Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL KIRA UNTUK MENGELAK DARIPADA JANGKITAN CACING :-
Amalkan kebersihan diri & rumah - cuci tangan sebelum & selepas makan
Cuci tangan selepas keluar tandas
Cuci tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan anda, periksa juga sekiranya ia dijangkiti
Pakai kasut apabila keluar rumah
Basuh sayur-sayuran & buah-buahan dengan teliti terutama yang dimakan mentah
Masak ikan & daging dengan suhu yang sesuai
Jumpa doktor sekiranya terdapat tanda-tanda kecacingan yang serius
Makan ubat cacing mengikut jadual tetap (setiap 6 bulan)
Sekiranya salah seorang ahli keluarga telah dijangkiti, semua ahli keluarga harus mengambil ubat cacing    juga.

hmmm dah taw dah kan tentang cacing-cacing nie kan...ok setakat nie ja la lia nak story-mory dgn korang...so ingat taw walaupun kita orang dewasa, kita masih lagi perlu mengambil ubat cacing untuk kesihatan kita.






Terima Kasih Sudi Meluangkan Masa Membaca Di Sini
>

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Habaq Pa kat Cek..??
Mai sini tinggal Komen...
hehehehe...**Bajet Derw Yang Nak Bca..**

Template by:

Free Blog Templates